Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Aprilia RS 660 Di Malaysia Sekarang

Imej
Aprilia Rs 660 dengan Konsep Pengayaan serba baharu telah dilancarkan hari ini. Didi Resources Sdn Bhd pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah membawa masuk ke negara kita,motosikal versi gabungan Teknoloji,Innovasi dan Rekaan. Aprilia RS 660 merupakan petanda aras baharu segmen motosikal berkuasa tinggi. Jentera yang direka dengan teknoloji perlumbaan serta dijamin memberi khidmat maksimum buat penunggang. Sistem eletonik yang direalisasikan dari litar.Difahamkan model ini cukup seimbang di antara kuasa,ketangkasan dan ketepatan. Formula asas datang dari litar dan kini diimplemantasikan untuk kegunaan di jalanraya. Enjin: Dua silinder selari 600cc  iaitu inspirasi dari enjin V 1100cc serta melepasi homologasi Euro 5. Dikatakan berjaya menjana 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500 rpm. Tork dapat dirasakan pada permulaan 4,000 rpm. Rekabentuk: Tampil dengan rekaan Inovatif,terperinci dan bergaya. Lampu depan "Triple LED" bersama  fungsi Fay Running Light(DRL)  Juga