Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

Ismail menunjukkan segala persiapan-
Foto Bernama

Keluarga pihak pengantin perempuan tetap meneruskan kenduri perkahwinan hari ini walaupun tanpa kehadiran bakal pengantin lelaki.

Fatin Nabilah Huda, 27, dijadual bernikah dengan Naim Hariri Kamaruddin, 31, pada 10 pagi tadi di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung. 

"Kita Yang Merancang tapi Allah yang menentukan" itu luahan Ismail Awang,61,bapa kepada Fatin Nabilah Huda. 

Menurut Ismai, bakal menantunya Naim Hairiri di khuatiri lemas dalam kejadian di Pantai D' Marang Village, Kelulut semalam. 

Mereka sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa namun, kenduri tetap diteruskan hari ini kerana ramai tetamu sudah datang sejak 10 pagi," ujar Ismail.

Tetamu yang datang menzahirkan simpati sebaik mengetahui tragedi yang menimpa keluarga tersebut.

Pelamin dan barang hantaran telah terhias indah malah kenduri perkahwinan itu juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan Covid-19 seperti membuat pemeriksaan suhu badan dan merekod butiran tetamu yang datang melalui aplikasi MySejahtera.
 
Ismail berkata,kali terakhir Naim Hariri datang ke rumah untuk melihat persiapan terakhir kenduri pagi semalam.

Ismail menjelaskan,mengikut perancangan, setelah majlis pernikahan berlangsung hari ini, kenduri menyambut menantu akan diadakan pihak keluarga lelaki di Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun hadapan. "

Saya harap anak akan terus kuat semangat dan semoga Naim Hariri dapat ditemukan secepat mungkin," dengan nada  sayu Ismail meluahkan harapan.

Naim Hariri, yang beralamat di Kuala  Lumpur di khuatiri lemas ketika mandi laut petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih gagal menemui petunjuk baharu setakat 10 pagi tadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan