Kebun Getah Lokasi Persandingan

Sederhana tetapi menarik-Foto Ahmad Fardaus Yahya

Setiap pasangan akan memilih lokasi yang penuh dengan warna warni serta menarik bagi meraikan hari bahagia setelah dinobatkan "Raja Sehari." Mengabdikan kenangan adalah rutin bagi setiap pasangan dengan penggambaran 'out door'. 

Buat Zainatulaishah Abdul Manap 30 dan suami .Mohammad Farhanif Kamaruddin 27, lokasi penggambaran 'out door' agak unik dan berbeza dari pasangan pengantin lain.Lokasi penggambaran mereka ialah kebun getah.

Kebun getah di Bukit Gambir,Tangkak,Johor yang juga kampung halaman Zainatulaishah menjadi pilihan mempelai untuk mengabdikan memori perkahwinan.

Menurut Zainatulaishah,keputusan tersebut dibuat berdasarkan pandemik Covid 19 yang tidak menentu serta mengelak dari menyumbang penularannya.

Lakonan semula upacara Akad Nikah
 demi memeriahkan majlis

Upacara akad nikah telah dijalankan di Pejabat Kadi Daerah Tangkak pada 20 Disember lalu atas arahan pejabat agama.Perancangan awal upacara akad nikah tersebut sepatutnya dilangsungkan di rumah ibubapa Zainatulaishah.

Zainatulaishah yang juga Penolong Pegawai Sains, Fakulti Veterinar Universiti Putra Malaysia  (UPM) berkata, pemilihan lokasi kebun getah milik ibunya di belakang rumah, kerana kawasan tersebut luas dan boleh abdikan kenangan bergambar ramai-ramai dengan tetamu yang hadir,

Walaupun lokasi di kebun getah, pihak keluarga Zainatulaishah tidak melupakan arahan terkini tentang prosedur operasi standard (SOP). Apa yang mengkagumkan setiap tetamu di saring serta diperiksa suhu badan.Keluarga pengantin juga menyediakan Kod QR My Sejahtera. 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan