Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Anak Gajah Kecundang

Imej
Bangkai anak gajah yang dilanggar kenderaan foto-Ihsan  Seekor anak gajah jantan dijangka berusia 4 atau 5 tahun ditemui mati di tepi jalanraya antara Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli dan dipercayai dilanggar kenderaan seawal jam 5 pagi. Menurut Yusoff Shariff, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) anak gajah tersebut dipercayai terlanggar atau di langgar lori atau bas.Namun setakat ini tiada pihak tampil membuat pengakuan. Tambah Yusoff lagi, bangkai anak gajah yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah dialih dan ditanam sekitar kawasan hutan berhampiran oleh anggota Pejabat Perhilitan Gerik. Perhilitan berharap agar pengguna jalanraya yang melalui JRTB Gerik - Jeli agar lebih berhati-hati. Ini kerana kawasan berkenaan sememangnya diketahui umum sebagai habitat hidupan liar,terutama gajah liar yang sering melintas jalan.    

Ekor Lori Tersangkut Di Jambatan

Imej
Bahagian belakang lori yang tersangkut pada jambatan Macam-macam kejadian pelik semenjak tahun 2021 membuka tirai. Lantaran jek hidraulik lori terangkat dengan sendirinya menyebabkan ekor ataupun bahagian belakang lori tersangkut di jambatan. Kejadian berlaku di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai telah dikejarkan lokasi tersebut. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, selepas panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima anggota terus di gerakkan ke lokasi kejadian. Difahamkan setibanya anggota di lokasi kejadian didapati selain dari lori yang tersangkut juga terdapat seorang lelaki yang cedera pada bahagian tulang belakang. Menurut Pemandu lori tersebut, beliau tidak menyedari ketika dan bagaimana jek hidraulik lori tersebut terangkat sendiri.Akibatnya bahagian belakang lori tersangkut pada jambatan d