Ekor Lori Tersangkut Di Jambatan
Bahagian belakang lori yang tersangkut pada jambatan |
Macam-macam kejadian pelik semenjak tahun 2021 membuka tirai. Lantaran jek hidraulik lori terangkat dengan sendirinya menyebabkan ekor ataupun bahagian belakang lori tersangkut di jambatan.
Kejadian berlaku di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.
Seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai telah dikejarkan lokasi tersebut.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, selepas panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima anggota terus di gerakkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan setibanya anggota di lokasi kejadian didapati selain dari lori yang tersangkut juga terdapat seorang lelaki yang cedera pada bahagian tulang belakang.
Menurut Pemandu lori tersebut, beliau tidak menyedari ketika dan bagaimana jek hidraulik lori tersebut terangkat sendiri.Akibatnya bahagian belakang lori tersangkut pada jambatan di lokasi .
Lelaki yang cedera itu telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya oleh EMRS bagi rawatan selanjutnya.
Ulasan
Catat Ulasan