Anak Gajah Kecundang



Bangkai anak gajah yang dilanggar kenderaan
foto-Ihsan 

Seekor anak gajah jantan dijangka berusia 4 atau 5 tahun ditemui mati di tepi jalanraya antara Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli dan dipercayai dilanggar kenderaan seawal jam 5 pagi.

Menurut Yusoff Shariff, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) anak gajah tersebut dipercayai terlanggar atau di langgar lori atau bas.Namun setakat ini tiada pihak tampil membuat pengakuan.

Tambah Yusoff lagi, bangkai anak gajah yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah dialih dan ditanam sekitar kawasan hutan berhampiran oleh anggota Pejabat Perhilitan Gerik.

Perhilitan berharap agar pengguna jalanraya yang melalui JRTB Gerik - Jeli agar lebih berhati-hati. Ini kerana kawasan berkenaan sememangnya diketahui umum sebagai habitat hidupan liar,terutama gajah liar yang sering melintas jalan. 

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan