Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

Imej
  Anggota JPJ membuat pemeriksaan motosikal Ducati 848 yang disita O perasi bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyita sebuah motosikal berkuasa tinggi;  Operasi yang diadakan di Jalan Sungai Pusu telah berjaya menahan sebuah motosikal Ducati 848, Hasil pemeriksaan mendapati cukai jalan dan insuran motosikal tersebut tidak diperbaharui sejak tahun 2016.  Menurut Mohd Zaki Ismail,Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Kuala Lumpur.Motosikal Ducati 848 tersebut telah ditahan oleh sepasukan anggota Stesen Penguatkuasa Gombak sewaktu Ops Tahun Baru Cina.  Gambar Hiasan - Model Ducati 848 Motosikal berkenaan ditunggang oleh lelaki tempatan yang juga seorang mekanik dan dalam perjalanan dari satu bengkel ke bengkel yang lain.  Siasatan awal mendapati motosikal berkenan adalah milik pelanggan mekanik tersebut

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

Imej
  Tertuduh dibawa ke mahkamah. Gambar Ehsan BH M elancarkan Tuntutan Bayaran yang dibuat sebuah syarikat kepada sebuah universiti awam.Demikian tuduhan yang dikenakan terhadap Malike Mohamed,52 seorang juru ukur bahan sebuah universiti awam.  Sembilan pertuduhan menerima rasuah termasuk menerima sebuah motosikal Y15ZR telah dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.  Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.  Kesalahan pertama hingga kesalahan kelapan beliau didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM14,500.  Perbuatan itu sebagai dorongan melancarkan tuntutan yang dibuat sebuah syarikat kepada universiti awam berkenaan.  Mengikut pertuduhan kesalahan tersebut dilakukan di sebuah bank,di Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu antara Mei hingga Julai 2020.  Semua kesalahan berkenaan,Malike Mohamed di dakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia serta bole

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan

Imej
  D atuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat untuk menambah koleksi pungutan pingat di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa(UCI) yanag berlangsung di Adelaide,Australia. Beliau terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan pingat gangsa dalam acara pecut individu di Adelaide -Super - Drome.  Penarikan diri dari menyertai acara berkenaan setelah mendapat nasihat doktor sebagai langkah berjaga-jaga demi mengelak tekanan kepada jantung beliau.  Menurut pelumba berusia 36 tahun itu, beliau telah mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir.  Namun prestasi keseluruhannya telah berjaya menghasilkan pingat emas dalam acara keirin. Tambah beliau,buat masa sekarang tumpuannya hanya pada pemulihan.  Latihan akan disambung semula setelah kecergasan menampakkan tanda positif,  Azizulhasni pada April 2022 pernah menjalani pembedahan jantung terbuka ekoran disahkan mengalami masaalah jantung jarang ditemui sebagai Arteri Koronari Kanan.  Men