DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

 

Tertuduh dibawa ke mahkamah.
Gambar Ehsan BH


Melancarkan Tuntutan Bayaran yang dibuat sebuah syarikat kepada sebuah universiti awam.Demikian tuduhan yang dikenakan terhadap Malike Mohamed,52 seorang juru ukur bahan sebuah universiti awam. 

Sembilan pertuduhan menerima rasuah termasuk menerima sebuah motosikal Y15ZR telah dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut. 

Kesalahan pertama hingga kesalahan kelapan beliau didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM14,500. 

Perbuatan itu sebagai dorongan melancarkan tuntutan yang dibuat sebuah syarikat kepada universiti awam berkenaan. 

Mengikut pertuduhan kesalahan tersebut dilakukan di sebuah bank,di Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu antara Mei hingga Julai 2020. 

Semua kesalahan berkenaan,Malike Mohamed di dakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia serta boleh dihukum di bawah Seksyen24(1) akta yang sama. 

Tertuduh juga turut didakwa menerima barangan berharga dengan tiada balasan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR. 

Kesalahan tersebut dilakukan di Kampung Mengabang Tengah, Kuala Terengganu pada 2019. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Tertuduh ditawarkan ikat jamin oleh mahkamah sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan 10 mac  semua sebutan kes akan didengar semula. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) Nurul Haziqah Tengku Yacob dan Pegawai Pendakwaan SPRM,Nur Raihan Mohd Yusof.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan