26 Motosikal Terbakar
Keadaan 26 motosikal yang terbakar Gambar Ihsan Bomba |
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menerima panggilan kecemasan pada 12.48 malam tadi insiden 26 buah motosikal terbakar.
Seramai 13 angota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bandar Tun Razak dan BPP Sg Besi terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut.
Menurut Komander JBPM Kuala Lumpur,Azhar Abd Rahman,kebakaran tersebut berlaku di Flat DBKL Tun Razak.Setibanya di lokasi kebakaran pihak BPP mendapati 26 motosikal terlibat terbakar seratus peratus.
Kesemua motosikal yang terbakar berada di parkir flat semasa kejadian.Kebakaran dapat di kawal pada jam 1.02 pagi.Punca kejadian masih dalam siasatan.
Ulasan
Catat Ulasan