3 Maut Terhidu Gas
Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam,Kuala Lumpur,semalam.
Insiden tersebut turut mencederakan seorang warga Bangladesh sementara dua lagi individu terselamat.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku semasa enam pekerja pembersihan berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan di dalam tangki terbabit.
"Mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.
"Dua warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai," katanya.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.
Seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan