4.47 Juta Batang Rokok Seludup Dirampas.

Gambar Hiasan

Satu operasi yang dilancarkan oleh cawangan perisikan dan siasatan khas,Pasukan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam (JKDNKA),Bukit Aman telah berhasil merampas 4.47 juta batang rokok seludup di Kulim,Kedah.

Seorang lelaki 33 tahun telah ditahan ketika sedang memandu lori bonded 10 tan.Hasil pemeriksaan keatas lori tersebut menemukan empat buah tangki air di isi dengan rokok seludup jenama John Blend dan John Jgi. 

Lelaki tersebut di tahan setelah mendapat maklumat dari orang awam mengenai satu sindiket yang bergiat aktif menyeludup rokok di kawasan utara semenanjung Malaysia.

Rokok-rokok tersebut berserta lori dan empat tangki air dianggarkan bernilai RM3.5 juta telah dirampas oleh polis.

Suspek telah ditahan reman  di Ibu Pejabat Polis Daerah kulim selama empat hari bermula 14 Disember sehingga 17 Disember 2020 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan