Adakah Benar CBR250RR(2020) Masuk Malaysia


Andai benar berita ini,rasanya ramai yang akan serbu premis wakil jualan sah Honda untuk menilik serta swafoto .Sekian lama peminat Honda menunggu maka di kabarkan pada 18 Disember nanti akan dilancarkan di negara kita.

Desas desus sampai ke pengetahuan penulis iaitu Boon Siew Honda (BSH) mendedahkan iaitu sportbike suku liter itu bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Setakat ini penulis belum menerima sebarang perincian dari pihak BSH. hanya desas desus mengenai pelancaran jentera idaman anak muda pada 18 Disember jam 8 malam di laman facebook .


Bukan sekejap penantian terhadap model suku liter ini oleh peminat tegar Honda.3 tahun satu jangka masa yang boleh mengubah fikiran kepada mereka yang terdesak mencari motosikal berkategori suku liter.

Menurut sumber kelewatan tersebut disebabkan BSH terpaksa menunggu model CBR250RR versi dipertingkat (facelift) dilancarkan di Indonesia dan Jepun.

Berbaloi bagi mereka yang bersabar, apabila CBR250RR (facelift) terkini yang lebih berkuasa akan di bawa masuk oleh BSH ke pasaran negara kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan