AIR TERJEJAS LAGI
Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1-2 dan 3 termasuklah Loji Rawatan Air Rantau Panjang telah dihenti tugas awal pagi semalam.Dijangkakan sebanyak 1,274 kawasan di Kuala Lumpur,Petaling,Klang,Shah Alam , Kuala Selangor, Hulu Langat,Hulu Selangor dan Gombak terkesan dengan insiden tersebut.
Mengikut kajian penduduk di Selangor telah mengalami sekurang-kurangnya 13 gangguan bekalan air tahun ini.Tindakan lebih efisien diambil oleh Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) iaitu dengan menubuhkan Skuad Pantas bertujuan memantau di kawasan-kawasan sensitif sungai-sungai di Selangor selama 24 jam tanpa henti.

Ulasan
Catat Ulasan