Anak-Anak Syurga Selamat Disemadikan

Jenazah tiga beradik disemadikan
dalam satu liang lahad

Jenazah tiga beradik yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang semalam selamat dikebumikan malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, dimana jenazah tiga beradik iaitu Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz,7, berserta dua adiknya Muhammad Lutfi Hakim,3,Muhammad Affan Hafiy berusia setahun disemadikan dalam satu liang lahad.

Jenazah anak-anak syurga tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,Perak ke kediaman ayah mereka di Taman Seri Jati, batu Berendam pada pukul 10 malam tadi.

Kenangan Abadi-Nur Aimi Nadiah bersama tiga anak syurganya

Solat jenazah telah diadakan di kediaman tersebut yang hanya jaraknya 500 meter dari Tanah Perkuburan.

Yang DiPertua Negeri Melaka ,Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari turut hadir.

Muhammad Al Hafiz(bapa) berbaju biru pilu
menatap buat kali terakhir wajah tiga anaknya

Muhammad AL Hafiz,29,ayah mangsa dilihat hampir pengsan dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga sewaktu orang ramai sedang solat jenazah.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan