Anak Mangsa Kelar
Seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh dadah telah mengelar anak perempuannya yang berusia setahun.Usus kanak-kanak tersebut terburai setelah ditikam oleh lelaki tersebut iaitu bapa kandungnya.
Kejadian berlaku petang semalam di tingkat 4 Flat Puchong Permai.Menurut sumber lelaki tersebut mengamok sebelum menikam kanak-kanak tersebut.
Lelaki tersebut berjaya diberkas oleh pihak polis serta pisau potong roti yang digunakan untuk mengelar mangsa juga berjaya dirampas.
Mangsa tinggal bersama suspek,nenek dan datuknya selepas dipercayai ibunya menghilangkan diri sebaik sahaja dilahirkan.Hasil siasatan awal mendapati,suspek tertekan selain dipercayai dibawah pengaruh dadah.
Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan.Motif kejadian masih didalam siasatan.Pihak Polis akan menjalankan ujian air kencing terhadap suspek.
Ulasan
Catat Ulasan