Bukan Mahram Mandikan Jenazah Wanita
Gambar Hiasan |
Insiden ini bukannya berlaku di negara kita tetapi di Indonesia. 4 lelaki telah ditahan kerana didakwa memandikan jenazah wanita bukan mahram.
Wanita itu meninggal disyaki dijangkiti Covid 19 di hospital Djamen Saragih. Menurut sumber,Jakarta Post,kempat-empat lelaki tersebut ditahan setelah suami wanita tersebut membuat aduan ke pihak Polis.
Menurut Boy Sutan Binagsa Siregar,Ketua Polis Permatang Siantara, kesemua suspek akan didakwa dibawah Artikel 79(C) Undang-Undang 2004 Amalan Perubatan.
Meskipun kesemua suspek telah dikenal pasti,mereka tidak akan ditahan dalam jangka waktu terdekat.Ini kerana perkhidmatan mereka diperlukan oleh pihak hospital.
Kesemua suspek akan berdepan dengan hukuman penjara maksima selama 5 tahun jika didapati bersalah.
Faizi Munte ,suami wanita itu telah membuat laporan polis pada bulan September lalu berhubung proses mencurigakan memandikan jenazah isterinya. Beliau juga menafikan isterinya meninggal akibat Covid 19.
Ulasan
Catat Ulasan