Denda RM2,000 Atau Penjara Enam Bulan




Melanggar lampu isyarat merah boleh diambil tindakan di bawah kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

"Itu hukuman kepada mereka yang melanggar isyarat lampu merah," demikian menurut  Datuk Azisman Alias ,Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman semasa melancarkan Operasi Lampu Merah .

Operasi yang bermula 15 Disember sehingga 31 Disember nanti di seluruh negara melibatkan semua kontijen dan daerah.

JSPT memandang isu melanggar isyarat lampu merah agak serius terutama dikalangan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan beserta barangan(P-hailing) dan juga pemandu kenderaan yang lain.

Gambar Hiasan

Trend pemanduan sebegini menyebabkan berlakunya kemalangan. Didikan serta kesedaran kepada pengguna jalanraya agar mematuhi lampu isyarat mestilah dipupuk demi mengelakkan kegusaran masyarakat.

Tahun 2019 sebanyak 69,267 saman libatkan langgar lampu isyarat merah telah dikeluarkan.Penunggang motosikal merupakan angka paling tinggi iaitu 32,657,kereta 29,873,lori 2,808 dan lain-lain kenderaan 3,929.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah akan disaman serta-merta atau direkodkan butiran kenderaan bagi tindakan susulan saman.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan