Di Buang Kerja Kerana Salah Laku Dan Pelbagai Kesalahan
Ketua Polis Johor,Datuk Ayob Khan Myidn Pitchay |
46 anggota dan pegawai polis di negeri Johor di buang kerja kerana telibat dengan salah laku dan pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun 2020.
Angka tersebut merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan di negara ini dibuat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993. Demikian penjelasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sepanjang tahun ini Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor telah membuka 230 kertas siasatan tatatertib yang membabitkan 32 pegawai kanan,246 pegawai rendah dan dua pegawai awam.
Kes salah laku merupakan yang paling tinggi iaitu 154 kes dan 45 kes dadah. Menurut beliau kes dijangka bertambah setelah pihak polis mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pegawai dan anggota polis negeri Johor termasuk penyalahgunaan dadah.
"kalau positif dadah ,tindakan buang kerja harus dilakukan" tegas beliau semasa Sinar Live yang bersiaran secara langsung dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor Bahru malam tadi.
Program yang bertajuk "Biar Diancam,Saya Tidak Gentar" dikendalikan oleh Moderator Haslina AR Kamaludian.
kredit-Sinar Harian.com
Ulasan
Catat Ulasan