Gagal Sogok POLIS
Seorang lelaki Indonesia yang memandu kereta Perodua Bezza telah ditahan dalam sekatan jalanraya (SJR) OPS Benteng di Jalan Endau-Rompin pada pukul 5.45 petang semalam.Lelaki tersebut bersama pasangannya mengundang padah apabila cuba menyogok polis sebanyak RM250.
Menurut Ketua Polis Daerah Mersing,Superintendan Cyril Edward Nuing,lelaki Indonesia berusia 28 tahun itu di tahan selepas kereta Perodua Bezza yang dinaikinya di pandu dalam keadaan mencurigakan.
Lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri apabila diminta.Hasil pemeriksaan terdapat seorang penumpang wanita berusia 43 tahun didalam kereta tersebut.
Semasa proses dokumentasi di pondok SJR di lokasi tersebut, lelaki itu cuba memberi wang tunai RM250 kepada anggota polis yang bertugas sebagai sogokan agar tidak mengambil tindakan keatasnya.
Anggota polis bertugas terus bertindak menangkap pasangan tersebut dan wang tunai dirampas untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan juga Seksyen 214 Kanun Keseksaan.
Ulasan
Catat Ulasan