Hendak Ke Terengganu Disaran Buat Saringan Covid 19


Satu langkah berjaga-jaga demi memutuskan rangkaian Pandemik Covid 19 dari menular ke lokasi yang berstatus Zon Hijau.

Indivin yang memasuki Terengganu terutama dari zon merah disarankan agar menjalani saringan Covid 19 di Klinik Kesihatan terdekat sebaik sahaja tiba ke negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, saringan berkenaan bukanlah mandatori.

"Risiko atas diri sendiri ,walaupun saringan ini bukanlah wajib, berfikirlah secara matang demi keluarga tersayang" ujarnya.Saringan berkenaan amat penting demi keselematan kontak rapat mereka terutama kalangan ahli keluarga sepanjang berada di Terengganu.

Pandemik Covid 19 di Terengganu masih terkawal dengan 25 kes aktif direkodkan setakat ini.Sementara 2 kes import pula melibatkan warga emas yang pulang ke Terengganu untuk dijaga oleh adik-beradik mereka.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan