HONDA CBR 250RR - RM25,999 Di Malaysia Sekarang





Baru-baru ini penulis telah viralkan tentang Jentera suku liter yang di tunggu-tunggu.Kini termakbul sudah penantian peminat jentera "SportBike"suku liter. Honda CBR 250RR telah dilancarkan untuk pasaran di negara kita.


Model import (CBU) dan penulis kategorikan versi yang boleh dikatakan paling premium jika dibandingkan versi yang dilancarkan di Indonesia.


Dengan tiga mod tunggangan dan sistem Throttle By Wire ditambah dengan enjin baharu berkuasa 39hp @ 13,000rpm(+3ps) dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm).

CBR250RR juga dibekalkan dengan ciri klac Anti gelincir Assist + Slipper beserta Quick Shifter. Berat badan yang lebih ringan dan pengendalian yang mantap.


Sistem keselamatan yang terbaik terdapat pada CBR250RR, Sistem  Brek Anti Kekunci (ABS) tersedia pada roda depan dan belakang.Penampilan yang lebih agresif terserlah dengan Lampu LED depan dan belakang.

Pemasangan Dwi Ekzos menambahkan gaya "Sporty" jentera yang menjadi penantian selama 3 tahun peminat motosikal di Malaysia.


Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Harga yang ditawarkan RM25,999.


Apa yang pastinya Honda CBR250RR akan menjadi pesaing terdekat Kawasaki Ninja ZX-25R yang dibekalkan dengan kuasa 43hp @ 15,500rpm.

Speksifikasi Honda CBR250RR:-

ENJIN: 2-silinder 4-lejang 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI
KUASA DAN TORK: 39hp (41ps) @ 13,000rpm; 25Nm @ 25Nm @ 11,000rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan sirat malar (constant mesh), klac basah multiplat
NISBAH MAMPATAN: 12:1
TINGGI PELANA: 790mm
BERAT: 168kg
SUSPENSI: Fork terbalik USD (depan); Monoshock dengan swingarm Prolink (belakang)
BREK: Brek cakera hidraulik (depan dan belakang)
TAYAR: 110/70R17M/C 54H (depan); 140/70R17M/C 66H (belakang)
KAPASITI TANGKI: 14 liter



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan