KREATIF DAN MEMBANTU


Musim Banjir atau lebih dikenali Musim Air Bah di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung sentiasa hadir pada hujung tahun. Pelbagai musibah kita dengari . Ada keluarga yang terpaksa berpindah dek kerana "Air Bah" yang menenggelamkan kediaman malahan ada juga yang terputus bekalan makanan kerana laluan dinaiki air yang menghalang kenderaan.

Namun situasi tersebut telah dimanafaatkan oleh dua adik beradik dari Kg Banggol, Setiu bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Apa pertolongan yang telah mereka hulurkan?

Dua beradik ini sememangnya peminat tegar dunia permotoran.Berdasarkan minat yang mendalam terhadap dunia permotoran mereka telah sanggup mengeluarkan duit untuk mencipta motosikal yang boleh bergerak didalam air. Hebat bukan! 

MODENAS KRISS 110 jentera yang diubahsuai menjadi sebuah 'motorcross' merupakan kenderaan utama mereka dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Menurut Ikram Shahidi Mat Kail, 25, dia dengan adiknya Muhammad Zakaria ,23, pada musim banjir tahun ini berusaha membantu penternak ikan dengan menangkap semula ikan yang terlepas dari kolam.

Dan ini bukanlah kali pertama kedua beradik tersebut berjaya mencipta motosikal yang boleh bergerak didalam air, malah tahun lepas mereka juga berjaya mengadoptasi motosikal Honda C70 bagi kegunaan yang sama. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenduri Kahwin Tanpa Pengantin

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

Kebun Getah Lokasi Persandingan