Nasib Sempat Bergayut Di Pokok

Anggota APM meredah air deras
dalam usaha menyelamatkan mangsa
Gambar-Ihsan APM

Kejadian jam 3 petang semalam menyaksikan seorang lelaki dan rakannya hampir kehilangan jiwa apabila Skuter jenis Yamaha Ego di tunggangi mangsa dihanyutkan air deras.

Insiden tersebut berlaku di Kampung Ibok,Chukai,Kemaman.Mangsa ketika melalui jalan tersebut yang dinaiki air sempat berpaut pada sebatang pokok setelah di hanyutkan air deras sementara rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Namun skuter mangsa hilang di dibawa arus.Lelaki yang berumur 20an itu bernasib baik kerana kejadian tersebut di sedari oleh Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Kemaman beserta anggota APM yang sedang mengadakan pemantauan banjir di sekitar lokasi kejadian.

Tindakan pantas anggota APM dengan mengikat tali pada badan mereka sebelum meredah arus deras untuk menyelamatkan mangsa. 

Kapten(PA) Mohd Suhaimi juga menasihati semua pengguna jalanraya yang ingin meneruskan perjalanan perlulah mengikuti perkembangan semasa lokasi yang di naiki air. Ini bagi mengelak dari terjebak insiden yang tidak diingini di musim banjir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan