Pekerja Penyelenggara Kena Potong Tangan

Mohd Sis mangsa kemalangan

Malang tidak berbau,seorang pekerja penyelenggara terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori sewaktu sedang melakukan kerja-kerja.Insiden tersebut menyebabkan tangan kanan mangsa terpaksa dipotong.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam,Deputi Superitenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani,mangsa, Mohd Sis Latif,55,bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidrolik di bahagian lori bagi mengesan jalan-jalan yang berlubang untuk di baik pulih.

Sebaik tiba di lokasi kejadian lori yang dinaiki mangsa sedang bergerak telah dilanggar oleh sebuah lori lain dari arah belakang.Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian tangan kanan.

Mangsa terbaring di lokasi kejadian 

Mangsa telah di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.Namun tangan kanan mangsa tidak dapat diselamatkan. Akibat kecederaan parah tangan kanan mangsa  terpaksa dipotong di bahagian bawah siku.

Sementara seorang lagi rakan kerja mangsa yang turut terlibat hanya mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.

Lori yang melanggar mangsa telah  melarikan diri dan pihak polis sedang menjalankan usaha mengenal pasti lori tersebut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan