Pemangku Raja Berjiwa Rakyaat
Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah menerusi muat naik Instaram rasmi baginda telah meninggalkan kapsyen 'part time'.
Kapsyen tersebut di sebuah video yang memaparkan baginda sedang melayan pelanggan dan membungkus nasi lemak.
Keberangkatan Pemangku Raja Pahang mencemar duli membantu seorang peniaga nasi lemak di sebuah gerai di Kota SAS Kuantan,Pahang mendapat pujian diatas sikap rendah diri baginda.
Rata-rata rakyaat melahirkan rasa teruja melihat anaknda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belajar membungkus nasi lemak.
Malah ada yang menyifatkan baginda seorang yang telus dan berjiwa rakyaat.Merasai sendiri apa yang dilalui oleh rakyaat.
Negeri Pahang sangat bertuah kerana dinaungi pewaris tahkta yang rendah diri serta berjiwa rakyaat.
Ulasan
Catat Ulasan