Pendedahan dan Mendidik Penugasan Marshall Di Jalanraya - GIVI



Seramai 40 penunggang bertuah telah mendapat sijil penghargaan serta Helmet GIVI M 10.2 VISTA. Mereka merupakan peserta yang menerima pendedahan serta ilmu bermanafat mengenai penugasan "Marshall" ketika di jalanraya.


Program yang mampu meningkatkan kesedaran disamping mendidik terutama penunggang muda dilhamkan oleh GIVI jelas berjaya menarik lebih ramai peserta untuk menyertainya.

Pandemik Covid 19, bukanlah halangan bagi pihak GIVI dalam merealisasikan apa yang dirancang sekian lama. Segala SOP dipatuhi, malah setiap peserta dan juga tenaga pembimbing diwajibkan menjalani saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu badan.


Samir Sharman,Pengurus Pemasaran GIVI Asia
memberi penerangan kepada peserta

Menurut Samir Sharman,Pengurus Pemasaran GIVI Asia, 40 peserta yang hadir pada program kali ini adalah dari Melaka dan Negeri Sembilan. Bumi Hang Tuah merupakan destinasi pertama dalam siri penjelajahan GIVI ke selatan Semenanjung.


Kerjasama GIVI dan Motowazi bermula September dan Oktober lalu menampakkan hasil yang lumayan. Peserta yang berpeluang menghadiri program tersebut memuji hasilusaha GIVI dimana impak pada mereka amat besar terutama kepada yang masih baru dalam dunia permotoran.

Peserta yang hadir 

Mendidik, itu fokus utama GIVI mengadakan program. Peserta didedahkan dengan teknik-teknik keselamatan yang sebenar semasa melakukan penugasan Marshall. Undang-undang keselamatan Marshall seperti kedudukan dan komunikasi turut dititkberatkan dalam program tersebut.

Wakil Polis DIRaja Malaysia (PDRM) antara pembimbing yang terlibat menjayakan program "Southern Tour." Peserta yang hadir terdiri dari pelbagai jenis dan kuasa motosikal.


Program penganjuran GIVI Asia merupakan satu langkah meningkatkan kesedaran disamping memberi pencerahan tentang aspek-aspek keselamatan diatas jalanraya apabila menunggang berkumpulan.  



  




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan