PGA Bantu "RAJA SEHARI"

Gambar Hiasan

Noraisah Ghazali 26 dan pasangannya Wan Mohammad Ridhwan Wan Yusoff 20, terpaksa menaiki pacuan empat roda(4WD) Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan bagi meneruskan acara pernikahan mereka semalam.

Majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, hampir tergendala apabila laluan ke masjid di tenggelami air.

Menurut Noraisah,dia dan pasangan serta rombongan nekad mengharungi banjir untuk ke masjid bagi memastikan majlis berjalan seperti dirancang. Namun hajat tersebut terhalang kerana air telah naik sedalam 0.3 meter.

'kalau sudah Jodoh Tidak Ke mana,Allah mendengar doa kami" demikian luahan Noraisah,apabila mereka ditawarkan bantuan oleh anggota PGA Batalion 7 untuk dibawa ke masjid. 

Pelawaan tersebut diterima oleh pasangan tersebut tanpa berfikir panjang. Noraisah dan Wan Mohammad Ridhwan selamat menikah pada jam 12 tengahari.

Majlis kenduri seperti dirancang ditunda. Ini kerana rumah mereka di tenggelami banjir melebihi 1.3 meter.

Bagi pasangan tersebut, tanpa pertolongan anggota PGA kemungkinan majlis akad nikah mereka tertangguh.Ucapan terimakasih tidak terhingga kepada anggota PGA Batalion 7 yang menghulurkan bantuan bagi merelisasikan impian mereka.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan