Sanggup Menipu Kerana Takut Bini


Gambar Hiasan

"Disamun tiga lelaki yang tidak dikenali di jalan kelapa sawit Kampung Ekor kuching,Padang Serai."

Seorang lelaki 30 tahun telah datang membuat laporan di Balai Polis Padang Serai kononnya disamun. Lelaki tersebut mendakwa disamun ketika sedang menunggang motosikal seorang diri .

Beliau mendakwa penyamun tersebut bersembunyi dalam semak telah menahannya sambil mengacu parang di leher.Lelaki tersebut mendakwa ,penyamun telah menumbuk perutnya dan mengambil wang tunai RM900 sebelum melarikan diri ke arah kebun kelapa sawit berhampiran.

Lelaki tersebut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk dirakam percakapan berkaitan kes tersebut.Hasil siasatan pegawai penyiasat yang pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan bukti dan saksi kejadian mendapati maklumat yang diberikan terdapat keraguan.

Lelaki tersebut mengaku telah membuat laporan palsu dengan alasan bimbang dimarahi isteri kerana wang gajinya habis dipercayai membeli dadah.

Lelaki itu juga memberi alasan kepada isterinya gajinya dipotong oleh majikan dengan alasan kad masuk kerja rosak. Alasan tersebut bagi mengelak dimarahi isteri disebabkan wang gajinya tidak mencukupi serta tidak dapat memenuhi keperluan anak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan selepas dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam yang boleh mendatangkan bencana kepada pihak lain.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut membuat laporan palsu bagi mengelak ahli keluarga mengetahui duit gajinya di habiskan untuk membayar hutang dadah dan membeli keperluan dadah. Suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan