"Saya Sayang Suami"-200KM Tunggang Motosikal
Rohaizan menerima sumbangan dari Dr Asmadi |
Saya memulakan perjalanan pada jam 6.15 petang.Takut dan seram apabila melalui kawasan hutan tambah lagi pada waktu malam,tapi demi sayangkan suami saya kuatkan semangat dan berserah pada Allah ,demikian pengorbanan suri rumah Rohaizan Rozama,41.
Dia yang ingin menjaga suaminya,Razali Ismail,45, yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Beliau yang tinggal di Projek Perumahan Rakyaat Termiskin (PPRT)Kampung Kemahang, Lipis terpaksa meninggalkan dua anaknya berusia empat dan lapan tahun kepada saudara di kampung.
Suaminya dimasukkan ke HTAA sejak 12 Disember lalu kerana kanser perut dan otak tahap empat.Rohaizan mengambil masa hampir tujuh jam menunggang motosikal sejauh 200km dari Kemahang untuk sampai ke HTAA.
Demi kasih sayang dan tanggungjawab terhadap suami tercinta yang kini bertarung nyawa, sewajarnya saya perlu disisinya,.'ujar Rohaizan Rozama .
Pendapatan RM500 hasil bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beserta sedikit duit simpanan membuatkan beliau harus berjimat cermat semasa di HTAA sepanjang menemani suaminya.
Tempoh rawatan belum dapat dipastikan,itu luahan Rohaizan Rozama sewaktu ditemui selepas menerima bantuan dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Bantuan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.Menurut Dr Asmadi bantuan sebanyak RM500 setiap bulan akan diberikan kepada Razali iaitu suami Rohaizan.
MUIP juga akan menyediakan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM200 sebulan demi meringkan beban keluarga terbabit.
Ulasan
Catat Ulasan