Syok Laga Ayam Tak Sedar Polis Datang

GambarIhsan PDRM

Ada lagi di zaman millenium perjudian Laga Ayam rupa-rupanya. Terlampau syok berjudi laga ayam sembilan lelaki tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.Kejadian berlaku di Kampung Pak Madah,Marang, petang semalam.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 53 tahun di tahan. Kesemua mereka mengaku terlibat dengan perjudian laga ayam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris berkata,serbuan dilakukan pada jam 7.30 petang oleh polis bersama pegawai penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Lapan ekor ayam jantan,tujuh sangkar ayam, lapan unit sarung taji,segulung getah dan wang tunai RM100 turut dirampas di dalam serbuan itu.

Gambar Ihsan PDRM

Ujian saringan awal urin turut dilakukan kepada semua sespek dan didapati kesemuanya negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek kini ditahan untk siasatan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana melakukan aktiviti perjudian laga ayam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan