Takut Covid - Rela Pindah Ke Rumah Saudara

Mangsa terpaksa meredah air banjir untuk berpindah

"Bukan saya tidak yakin kepada pusat pemindahan sementara (PPS),tapi kalau ada pilihan lain,jadi lebih baik saya pindah ke rumah saudara", ujar ibu kepada enam cahaya mata selepas banjir mulai naik mendadak sehinga ke dalam rumah.

Lizawati Mat Salleh 35, tinggal di Banggol Kulim bersama suami dan anak-anak memilih untuk berpindah ke rumah saudaranya di Kampung Gual Tinggi.Di percayai air akan mencapai paras 0.4 hingga 0.6 meter serta membahaya kepada anak-anak mereka.

Bagi lizawati, banjir kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Penularan Covid 19 harus difikirkan. Kesesakan bakal berlaku di PPS lantaran banyak keluarga yang berpindah.

Demi mengelak kesesakan tersebut serta melancarkan urusan petugas di PPS, langkah terbaik bagi mereka sekeluarga adalah berpindah ke rumah saudara sehingga air surut.

Difahamkan kawasan rumah mereka saban tahun di naiki air.Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada petugas yang bertungkus lumus dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir iaitu polis,bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


kredit-Metro



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan