Tidak Perlu Datang Ke HTAR-Jika Tiada Hal Penting
Orang awam dinasihatkan untuk tidak hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) jika tiada urusan penting.Penularan sebarang berita yang tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan serta kekeliruan pada masyarakat.
Demikian kenyataan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berhubung isu 50 petugas HTAR di jangkiti Covid 19.
Kesemua 50 perugas HTAR sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenal pasti samada berlaku sebelum pesakit di masukkan ke dalam hospital atau semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi 14 hari.
Menurut Datuk dr Sha'ari, keadaan adalah terkawal dan semua kontek telah diambil ujian swab dan diletakkan dibawah pengawasan serta pemerhatian di rumah.Ini termasuk kontek rapat juga telah menjalani ujian saringan yang sama.
Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan serta berada dalam keadaan terkawal.
Ulasan
Catat Ulasan