Tong Gas Meletup Ragut Nyawa

Mangsa Letupan di lokasi kejadian-Ihsan Sumber

Tong gas yang dipasang pada mesin stim meletup.Insiden yang berlaku di kawasan meletakkan kenderaan di sebuah  pasaraya  di Ulu Tiram semalam.

Ong Kim Hin,52, pemilik pusat penanaman cendawan maut dalam insiden tersebut. Impak letupan tersebut mengakibatkan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.Mangsa meninggal ditempat kejadian.

Tong gas yang berada di hadapan mangsa tiba-tiba meletup. Kejadian tersebut berlaku semasa mangsa bersama seorang pekerjanya sedang memasang tong gas untuk memanaskan air bagi menjalankan proses stim.

Letupan tersebut mengakibatkan mangsa terjatuh dan terbaring dengan kesan kecederaan parah  bahagaian muka dan kepala. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan Mati Mengejut. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) turut berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan