Ubat Untuk Gemok Dirampas
Barang yang dirampas dalam dua serbuan berasingan |
Bagi mereka yang ingin naikkan berat badan haruslah berhati-hati dengan ubat-ubatan tradisional yang terdapat dipasaran. Polis berjaya membongkar sindiket memproses ubat tradisional secara haram bernilai RM14 juta.
Ubat-ubatan yang dirampas itu dipercayai boleh membantu manaikkan berat badan.Serbuan terhadap dua buah premis selain adik beradik di Bukit Mertajam baru-baru ini berjaya mendedahkan aktiviti mencurigakan dalam proses menyediakan ubat tradisional tersebut.
Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan,operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat dipercayai berkaitan sindiket memproses dadah.
Operasi khas dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan (KKM) diadakan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menyerbu sebuah kilang di Taman Perindustrian Macang Indah.
Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut menjalankan aktiviti mencurigakan iaitu memproses ubat-ubatan tradisional Cina.Kilang tersebut menjalankan aktiviti secara tidak berdaftar bagi pasaran dalam negara dan luar negara sejak awal tahun ini.
Serbuan pertama berjaya menangkap seorang penyewa premis tersebut berusia 50 tahun bersama pasangan suami isteri pekerja kepada suspek .Dalam serbuan tersebut 22 barang termasuk bahan-bahan memproses ubat dirampas.
Hasil serbuan tersebut membawa kepada tertangkapnya seorang lelaki yang juga abang kepada suspek utama.Lelaki itu ditangkap di sebuah premis yang dijadikan stor smpanan dan jualan produk diTaman Kencana.
Serbuan tersebut telah menemukan sebanyak 156,777 botol pelbagai jenama berisi pil dan kapsul ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar bernilai RM12 juta.
Nilai keseluruhan hasil dua serbuan tersebut berjumlah RM14 juta.Hasil siasatan lanjut mendapati dua beradik itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.Kempat-empat suspek dibebaskan setelah diambil keterangan.
Siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 30(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Fungsi pengambilan ubat-ubata tradisional tersebut dipercayai membantu menambah berat badan selain mempunyai kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang, badan menjadi gemok dan wajah bulat.
Ulasan
Catat Ulasan