Warga Nigeria Didakwa Membunuh Cucu Tiri
Masih ingat lagi kisah kanak-kanak yang ditemui mati setelah dicampak dari tingkat 3 Apartmen Villa Danau, Setapak pada 30 November lalu.Warga Nigeria yang juga datuk tiri kepada mangsa telah di hadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Lelaki Nigeria itu berhadapan lima pertuduhan di mahkamah termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian pukul 8 pagi, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi 4 tahun,di temui mati dalam keadaan tidak berseluar sebelum disusuli dengan kejadian warga Nigeria tersebut bertindak terjun dalam keadaan bogel.
Warga Nigeria tersebut difahamkan mencampakkan cucu tirinya setelah berang kerana gagal merogol anak tirinya.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Senior Asisten Komisioner Nik ros Azhan Nik Ab.Hamid,warga Nigeria itu turut berhadapan pertuduhan Seksyen 307 (cubaan membunuh), Seksyen 325/326A (mendatangkan kecederaan),Seksyen 377 CA (kesalahan seksual) dan Seksyen 309 (cubaan membunuh diri) yang masing-masing dibawah Kanun Keseksaan.
Suspek telah dituduh di mahkamah pada 11 Disember 2020 di bawah Seksyen 302,Seksyen 307.Seksyen 309,Seksyen 325/326A dan Seksyen 377 CA KK.
Suspek warga Nigeria berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengaku salah di mahkamah dan di tahan di penjara.
Ulasan
Catat Ulasan