Negeri Johor Bermula I Jan 2025 Cuti Hujung Minggu Pada Sabtu Dan Ahad

 



Bermula 1 Januari 2025 cuti hujung minggu di negeri Johor akan bertukar semula kepada Sabtu dan Ahad. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mengumumkannya. 

Menerusi muatnaik di laman Facebook,HRH Crown of Johor,baginda sudah menitahkan perkara berkenaan kepada Menteri Besar Johor,Dato' Onn Hafiz Ghazi untuk di bincangkan. 

"Selepas mendapat perkenan dan restu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim serta pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad. 

"Saya juga menitahkan agar Dato' Onn Hafiz Ghazi,Menteri Besar Negeri Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan  dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek. 

" Saya berharap agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat pada waktunya,"titah baginda. 

Bermula 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim telah mengubah cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu.Sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor. 

Negeri Johor melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar Johor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan