Catatan

Negeri Johor Bermula I Jan 2025 Cuti Hujung Minggu Pada Sabtu Dan Ahad

Imej
  Bermula 1 Januari 2025 cuti hujung minggu di negeri Johor akan bertukar semula kepada Sabtu dan Ahad. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mengumumkannya.  Menerusi muatnaik di laman Facebook,HRH Crown of Johor,baginda sudah menitahkan perkara berkenaan kepada Menteri Besar Johor,Dato' Onn Hafiz Ghazi untuk di bincangkan.  "Selepas mendapat perkenan dan restu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim serta pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.  "Saya juga menitahkan agar Dato' Onn Hafiz Ghazi,Menteri Besar Negeri Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan  dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.  " Saya berharap agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para

DUCATI 848 Disita - Tiada Cukai Jalan Dan Insuran selama 8 Tahun

Imej
  Anggota JPJ membuat pemeriksaan motosikal Ducati 848 yang disita O perasi bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyita sebuah motosikal berkuasa tinggi;  Operasi yang diadakan di Jalan Sungai Pusu telah berjaya menahan sebuah motosikal Ducati 848, Hasil pemeriksaan mendapati cukai jalan dan insuran motosikal tersebut tidak diperbaharui sejak tahun 2016.  Menurut Mohd Zaki Ismail,Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Kuala Lumpur.Motosikal Ducati 848 tersebut telah ditahan oleh sepasukan anggota Stesen Penguatkuasa Gombak sewaktu Ops Tahun Baru Cina.  Gambar Hiasan - Model Ducati 848 Motosikal berkenaan ditunggang oleh lelaki tempatan yang juga seorang mekanik dan dalam perjalanan dari satu bengkel ke bengkel yang lain.  Siasatan awal mendapati motosikal berkenan adalah milik pelanggan mekanik tersebut

DiTuduh Rasuah Termasuk Terima Motosikal Y15ZR

Imej
  Tertuduh dibawa ke mahkamah. Gambar Ehsan BH M elancarkan Tuntutan Bayaran yang dibuat sebuah syarikat kepada sebuah universiti awam.Demikian tuduhan yang dikenakan terhadap Malike Mohamed,52 seorang juru ukur bahan sebuah universiti awam.  Sembilan pertuduhan menerima rasuah termasuk menerima sebuah motosikal Y15ZR telah dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.  Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.  Kesalahan pertama hingga kesalahan kelapan beliau didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah RM14,500.  Perbuatan itu sebagai dorongan melancarkan tuntutan yang dibuat sebuah syarikat kepada universiti awam berkenaan.  Mengikut pertuduhan kesalahan tersebut dilakukan di sebuah bank,di Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu antara Mei hingga Julai 2020.  Semua kesalahan berkenaan,Malike Mohamed di dakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia serta bole

'The Pocket Rocketman' Tarik Diri Demi Menjaga Kesihatan

Imej
  D atuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat untuk menambah koleksi pungutan pingat di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa(UCI) yanag berlangsung di Adelaide,Australia. Beliau terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan pingat gangsa dalam acara pecut individu di Adelaide -Super - Drome.  Penarikan diri dari menyertai acara berkenaan setelah mendapat nasihat doktor sebagai langkah berjaga-jaga demi mengelak tekanan kepada jantung beliau.  Menurut pelumba berusia 36 tahun itu, beliau telah mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir.  Namun prestasi keseluruhannya telah berjaya menghasilkan pingat emas dalam acara keirin. Tambah beliau,buat masa sekarang tumpuannya hanya pada pemulihan.  Latihan akan disambung semula setelah kecergasan menampakkan tanda positif,  Azizulhasni pada April 2022 pernah menjalani pembedahan jantung terbuka ekoran disahkan mengalami masaalah jantung jarang ditemui sebagai Arteri Koronari Kanan.  Men

Aprilia RS 660 Di Malaysia Sekarang

Imej
Aprilia Rs 660 dengan Konsep Pengayaan serba baharu telah dilancarkan hari ini. Didi Resources Sdn Bhd pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah membawa masuk ke negara kita,motosikal versi gabungan Teknoloji,Innovasi dan Rekaan. Aprilia RS 660 merupakan petanda aras baharu segmen motosikal berkuasa tinggi. Jentera yang direka dengan teknoloji perlumbaan serta dijamin memberi khidmat maksimum buat penunggang. Sistem eletonik yang direalisasikan dari litar.Difahamkan model ini cukup seimbang di antara kuasa,ketangkasan dan ketepatan. Formula asas datang dari litar dan kini diimplemantasikan untuk kegunaan di jalanraya. Enjin: Dua silinder selari 600cc  iaitu inspirasi dari enjin V 1100cc serta melepasi homologasi Euro 5. Dikatakan berjaya menjana 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500 rpm. Tork dapat dirasakan pada permulaan 4,000 rpm. Rekabentuk: Tampil dengan rekaan Inovatif,terperinci dan bergaya. Lampu depan "Triple LED" bersama  fungsi Fay Running Light(DRL)  Juga

Anak Gajah Kecundang

Imej
Bangkai anak gajah yang dilanggar kenderaan foto-Ihsan  Seekor anak gajah jantan dijangka berusia 4 atau 5 tahun ditemui mati di tepi jalanraya antara Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli dan dipercayai dilanggar kenderaan seawal jam 5 pagi. Menurut Yusoff Shariff, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) anak gajah tersebut dipercayai terlanggar atau di langgar lori atau bas.Namun setakat ini tiada pihak tampil membuat pengakuan. Tambah Yusoff lagi, bangkai anak gajah yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan telah dialih dan ditanam sekitar kawasan hutan berhampiran oleh anggota Pejabat Perhilitan Gerik. Perhilitan berharap agar pengguna jalanraya yang melalui JRTB Gerik - Jeli agar lebih berhati-hati. Ini kerana kawasan berkenaan sememangnya diketahui umum sebagai habitat hidupan liar,terutama gajah liar yang sering melintas jalan.    

Ekor Lori Tersangkut Di Jambatan

Imej
Bahagian belakang lori yang tersangkut pada jambatan Macam-macam kejadian pelik semenjak tahun 2021 membuka tirai. Lantaran jek hidraulik lori terangkat dengan sendirinya menyebabkan ekor ataupun bahagian belakang lori tersangkut di jambatan. Kejadian berlaku di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Pusat Beli Belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai telah dikejarkan lokasi tersebut. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, selepas panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima anggota terus di gerakkan ke lokasi kejadian. Difahamkan setibanya anggota di lokasi kejadian didapati selain dari lori yang tersangkut juga terdapat seorang lelaki yang cedera pada bahagian tulang belakang. Menurut Pemandu lori tersebut, beliau tidak menyedari ketika dan bagaimana jek hidraulik lori tersebut terangkat sendiri.Akibatnya bahagian belakang lori tersangkut pada jambatan d