Ubat Untuk Gemok Dirampas
Barang yang dirampas dalam dua serbuan berasingan Bagi mereka yang ingin naikkan berat badan haruslah berhati-hati dengan ubat-ubatan tradisional yang terdapat dipasaran. Polis berjaya membongkar sindiket memproses ubat tradisional secara haram bernilai RM14 juta. Ubat-ubatan yang dirampas itu dipercayai boleh membantu manaikkan berat badan.Serbuan terhadap dua buah premis selain adik beradik di Bukit Mertajam baru-baru ini berjaya mendedahkan aktiviti mencurigakan dalam proses menyediakan ubat tradisional tersebut. Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan,operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat dipercayai berkaitan sindiket memproses dadah. Operasi khas dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan (KKM) diadakan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menyerbu sebuah kilang di Taman Perindustrian Macang Indah. Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut menjalankan aktiviti mencurigakan iaitu memproses ubat-ubatan tradisional Cina.Kilang terse